Sunday, February 8, 2009

RAPAT UMUM RAKSASA

Wakil Gurau Garau dari Ipoh melaporkan rapat umum di rumah MB kini mencecah hampir 40,000 orang. Sekatan jalanraya oleh pihak polis berada di mana-mana. Orang ramai membanjiri kawasan rumah MB. Satu kejutan yang luar biasa. Semangat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu telah bersatu di Ipoh. Semua ini di luar dugaan baginda Sultan Perak dan dalam makluman BN.

Tuan Gurau dimaklumkan tujuan semua ini adalah untuk mendesak dan memohon perkenan baginda Sultan Perak membubarkan DUN Perak agar rakyat dapat memilih dan memberi mandat kepada pembentukkan kerajaan di Perak.

Setakat ini Tuan Gurau masih lagi menunggu laporan dari wakil Gurau Garau di Ipoh.

2 comments:

  1. Anwar dalam ucapannya di Ipoh menyatakan bahawa BN telah termasuk perangkapnya sendiri. BN hanya menang di media. Permainan masih belum tamat tapi baru bermula.

    ReplyDelete
  2. Sokongan kepada MB Nizar meningkat. Rakyat Perak telah bersatu dalam isu ini.

    ReplyDelete