Friday, February 6, 2009

HANTU KOPEK MENCULIK LAGI


Bukan pasal tanah kena rampas. Juga bukan pasal rumah kena ceroboh. Tapi, pasal apa kena culik? Pelik bila tiga empat hari kena culik alih-alih bikin tak serupa cakap. Apakah masih ada hantu kopek yang menculik?

Cerita kena culik ini bukan isu baru. Tuan Gurau telah lama diguraukan dengan kes orang diculik. Orang politik kena culik tak sama dengan budak-budak yang hilang diculik. Budak kena culik kalau tak jumpa hidup lambat laun jumpa tandanya. Itu pun kalau yang culik orang, tapi kalau yang menculik Hantu Kopek, hilangnya tak lama.

Tapi bila orang politik kena culik ini betul-betul kerja Hantu Kopek. Sebab hilangnya tak lama. Setakat tiga empat hari hilang sah kerja Hantu Kopek. Tuan Gurau gelak berdekah-dekah bila yang menghilang tiba-tiba muncul di sebelah Hantu Kopek.

Selepas kena culik dari Hantu Kopek, maka timbul cerita tanah kena rampas dan rumah kena ceroboh. Awang Liku mula panjat masuk ikut tingkap. Awang Raja yang sekian lama tak suka ubah suai rumah memilih pejam mata. Sekarang mangsa culik bercakap macam kena pukau. Habis harta benda di serah pada Hantu Kopek. Maka Hantu Kopek dapat jadi tuan rumah yang tak sampai setahun di serahkan kepada Awang Selamat.

Bagi Tuan Gurau masuk ikut mana pun, apa-apa hal geran rumah kena tukar nama dulu baru boleh bergurau senda di dalamnya. Dan nak tukar nama atas geran kena pergi pejabat tanah. Baru sah dengan peraturan bukan sah cara gurauan!

2 comments:

  1. Teringat masa kecik. Mak selalu takutkan kami dengan Hantu Kopek. Rina pernah tanya, Hantu Kopek itu ada susu tak? Mak kata ada. Susu Hantu Kopek nampak sedap tapi susu rasa sangat masam. Siapa minum akan pengsan dua tiga hari. Sebab itu hilang dan tak siapa dapat jumpa.

    ReplyDelete
  2. Kalau macam itu hisap susu orang ajelah jangan hisap susu Hantu.

    ReplyDelete