Saturday, February 7, 2009

ILMU MELIHAT TERBALIK


Hari ini Tuan Gurau ingin memperkenalkan satu ilmu baru kepada sahabat-sahabat Tuan Gurau, iaitu ilmu melihat sesuatu secara terbalik.

Dalam ilmu ini, semua benda harus dilihat dengan mata berbeza. ‘Kalah teruk’ misalnya mesti dilihat sebagai ‘menang besar’. ‘Rakyat lega’ harus dilihat sebagai ‘rakyat gelisah, ‘sokongan penuh' harus ditafsirkan sebagai ‘tiada sokongan'. Begitulah lebih kurang.

Atas sebab itu juga Tuan Gurau ingatkan, kalau dengar orang politik sibuk berkata ‘kami menyokong’, berhati-hatilah.

Dan satu-satunya perkara yang tak boleh diterjemahkan secara terbalik ialah ‘harga barang naik’. Ha, yang itu betul. Jangan pulak dilihat terbalik. Tuan Gurau hanya bergurau hehehe...

5 comments:

  1. Pandangan yang kreatif Tuan Gurau!

    ReplyDelete
  2. HAHA..
    MEMANG DUNIA DAH NAK TERBALIK TUAN GURAU..
    MACAM2 YANG PELIK TELAH BERLAKU KAT MALAYSIA INI.

    ReplyDelete
  3. ilmu yang sangat berguna untuk berhadapan dengan ahli politik...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Harga barang naik lagi...aduhh!!

    ReplyDelete
  5. Kalau pakai ilmu ni sure payah kena tipu.

    ReplyDelete