Sunday, February 8, 2009

KISAH DARI DUA BUKIT

Terkini, Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini. Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Di Bukit Selambau pula seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit Selambau.

Bunyi macam gurauan pulak di tengah-tengah kemelut politik Perak. Tuan Gurau dimaklumkan sekarang ini Najib di antara senyum dengan tak senyum. Namun, BN berpeluang menunjukkan sama ada tindakkannya merampas kerajaan Perak disenangi rakyat atau tidak.

Pas dan PKR pula perlu menyiapkan jentera parti Pakatan Rakyat. Mereka perlu mengumpul majoriti undi yang lebih besar sebagai tanda kuasa rakyat. Betul kata Anwar, 'permainan' sebenarnya baru sahaja bermula.

Bagi Tuan Gurau, inilah masanya sejarah Bukit Uhud berulang semula.

7 comments:

  1. Al-Fatiha untuk Allayarham Roslan Shaharum. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan hambaNya yang soleh. Amin

    ReplyDelete
  2. Baru depa tau langit tinggi rendah, la ni sapa nak kemuka pada SPR pasai kekosongan DUN Bt Gantang, Speaker dok ada ka atau speaker dlm bayangan, lu pikiaqlah sendiri!!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Pening bila dah ada dua kerajaan. Sultan Perak harus bertanggungjawab. Baginda telah menghuru-harakan negeri Perak.

    ReplyDelete
  5. Ana minta maaf, ana tak perasaan yang Bt Gantang adalah parlimen, sori ye

    ReplyDelete
  6. Kena kemukakan ke Speaker Parlimen bukan Speaker Dun.

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Itu yang dikatakan.. "menang tiga cupak... hasil merompak... akan rugi sampai tiga gantang di Bukit Gantang.. "

    ReplyDelete