Sunday, April 19, 2009

POLITIK BARU



Inilah politik. Sebuah permainan persepsi. Anda boleh kata apa saja pada lawan. Dan anda boleh puji apa saja pada kawan. Emosi anda menentukan persepsi anda.

Ini bererti, apa yang anda kata tak sama dengan apa yang orang lain rasa.

Anda boleh bercakap macam-macam. Orang lain pula boleh fikir macam-macam tentang apa yang anda cakap.

Dalam politik hanya ada dua perkara. Iaitu bagaimana nak dapat sokongan untuk kawan dan bagaimana nak hilangkan sokongan untuk lawan.

Lalu pelbagai isu dan helah akan timbul. Fitnah dan hujah juga akan
muncul. Kebenaran dan kepalsuan boleh jadi salah boleh jadi betul.

Semua ini dinamakan strategi dalam politik. Ada orang sebut perang saraf. Ada juga yang kata mainan politik. Ada yang cakap propaganda. Dan tak kurang juga yang anggap sebagai perjuangan.

Realitinya, landskap politik hari ini semakin berubah. Peralihan kuasa kepimpinan silih berganti. Pertukaran generasi juga turut berlaku. Pengundi di saluran 1,2 dan 3 telah diisi oleh pengundi muda dari saluran 4, 5 dan 6.
Jelasnya, generasi pasca merdeka kini hanya tinggal minoriti. Generasi KBSR dan KBSM telah mendominasi arena politik tanah air moden.

Suka atau tidak, hakikatnya politik hari ini tidak lagi menjadi kepunyaan pemilik asal. Tiada siapa lagi yang boleh buka kancing baju, dabik dada dan mengatakan dia kuat dan hebat.

Kekuatan tidak lagi boleh bergantung harap pada alat media, fitnah adu dumba, hujah atau pelbagai lagi strategi propaganda.

Politik hari ini ialah politik hukum. Tiada lagi politik balas budi. Pemimpin atau parti yang salah di mata pengundi akan dihukum melalui undi. Jasa dan sumbangan parti atau peribadi jangan harap untuk dibalas. Jauh sekali untuk dijadikan habuan kempen.

Sistem politik kini sudah terbalik. Pengundi telah 'berperangai' seperti ahli politik. Manakala ahli politik telah 'berperangai' seperti pengundi. Pengundi hari ini akan berjanji untuk memangkah calon mereka. Namun, belum tentu mereka tunaikan janji mereka.
Pengundi akan 'berkempen' untuk menyakinkan ahli politik agar bertanding di kawasan mereka. Jika ahli politik termakan kempen pengundi, mereka akan dikuburkan . Dan jika ahli politik terpesona dengan layanan pengundi, mereka ada harapan dirompak hingga papa kedana.

Akhirnya, akan sampai satu masa di mana pengundi akan merayu kepada ahli politik agar masuk bertanding. Dan ahli politik pula akan mencari seribu satu helah untuk elak dari bertanding. Inilah politik baru!

Wednesday, March 25, 2009

KHAIRY MENANG KETUA PEMUDA



"Innalillahi Wainalillahi Hirojiun, maka tamatlah riwayat UMNO!"

"Saya sebagai penyokong UMNO dulu, kini dan sampai sekarang sahaja. Saya membulat tekad, berpatah arang, berkerat rotan dengan kalimah Bimillahirahmannirahim menyatakan dengan sepenuh hati bahawa saya TIDAK LAGI AKAN MENYOKONG UMNO buat selama-lamanya."

Itu antara masej yang Tuan Gurau terima dari PWTC lewat malam tadi.

MELAYU BUAT FILEM MUSUH NABI - PYAN HABIB




Kenapa orang melayu beragama islam buat filem pasal musuh nabi? Kenapa orang putih bukan beragama islam buat filem pasal penyelamat nabi? ashman bertanya subuh tadi.

Dia baru pulang selepas menyertai perkhemahan hujung minggu murid tahun 5 sekolah kebangsaan taman melawati 2, di upm.orang melayu buat filem pasal musuh nabi?

Aku garu kepala. Rupanya semasa dikuliahsubuhkan, ashman dan kawan-kawannya disurahkan ustaz yang bermaksud: orang melayu (islam) buat filem `Cicak-Man' dan orang putih (bukan islam?) buat filem `Spider-Man'.`

Cicak itu musuh Nabi muhammad, cicak buat bising semasa nabi bersembunyi dalam gua hira', cicak beritahu musuh nabi bahawa nabi ada di dalam gua itu. labah-labah (spider) pula penyelamat nabi, labah-labah buat sarang di pintu Gua Hira', musuh nabi tertipu kerana sarang labah-labah itu dan nabi selamat daripada musuh yang mahu membunuhnya'.

*Demikian ashman disurahkan, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka!

*Kecil-kecil dulu aku dan kawan-kawan guna getah bulat dijalin-pintal sebesar jari telunjuk, menyelinap setiap ceruk rumah, mencari-melastik cicak pada setiap jumaat, dengan sengaja dan dengan seronoknya kerana (dapat pahala, kata ustaz).

Tuesday, March 3, 2009

KALAU ATAS POKOK PUN SAH!


Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.

Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.

Dr Mohammad Agus menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya

Sunday, March 1, 2009

BN HANYA FAHAM 'BAHASA UNDI'


"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda. Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," - Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun,

Tambahnya lagi, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

Thursday, February 26, 2009

SEJARAH PEMUDA UMNO

‘Pemuda perlu berubah’. ‘Pemuda perlu lebih lantang.’ Itu antara ayat yang sentiasa keluar daripada calon-calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia – Encik Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Dr. Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Itu juga sebenarnya ayat yang selalu dilaung-laungkan oleh anggota-anggota pergerakan itu di peringkat bawah. Semuanya mahu Pemuda lebih menyengat. Semuanya mahu Pemuda lebih hebat. Secara tidak langsung suara-suara itu boleh diterjemahkan sebagai rasa kurang senang terhadap corak dan cara kepimpinan Pemuda UMNO sekarang.

Kalau Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, mungkin sudah boleh dijangka bagaimana nasibnya – jika suara-suara yang mahukan perubahan itu benar-benar lahir daripada hati nurani Pemuda.

Bagaimanapun kerana Hishammuddin tidak lagi bertanding di gelanggang Pemuda, jadi dia tidaklah perlu ambil pusing sangat pada suara-suara itu. Dia boleh menganggap semua itu sekadar gendang dan rebana menjelang sesuatu upacara. Dalam bahasa lainnya, ia sekadar retorik semata-mata. Tak lebih dan tak kurang.

Sebenarnya, sejarah jawatan ketua pemuda Umno telah dimonopoli dan dikuasai bergilir-gilir oleh keluarga pemimpin atasan Umno. Bukannya rakyat akar umbi. Ini realitinya.

Kapten Hussein Onn Ketua Pemuda Pertama
Siapa Ketua Pemuda Umno yang pertama? Jawapannya, Kapten Hussein Onn iaitu anak kepada pengasas Umno, Onn Jaafar.

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussain
Empat bulan selepas menganggotai UMNO, Abdul Razak dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO ketika berusia 28 tahun. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum di Pahang. Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn ialah warisnya sebagai Perdana Menteri.

Tun Sardon Jubir
Selepas Tun Abdul Razak, Ketua Pemuda disandang oleh Sardon Jubir. Itu pun isteri Ketua Pemuda Umno ini (dibaca ketua pemuda parti orang Melayu) adalah orang cina. Di zaman Sardon Jubir sebagai Ketua Pemuda Umno, Malaysia kehilangan Pulau Singapura. Ini adalah sejarah hitam buat pejuang bangsa melayu.

Tan Sri Senu Abdul Rahman
Tan Sri Senu Abdul Rahman ketika memipin Pemuda Umno memainkan penglibatannya dalam menghadapi pemisahan Malaysia-Singapura dan peristiwa 13 Mei 1969. Beliau juga telah menubuhkan Pasukan Tahan Lasak Pemuda untuk menghadapi musuh-musuh politik. Tan Sri Senu Abdul Rahman juga telah menubuhkan gerakan Revolusi Mental bagi membantu golongan muda untuk menghadapi cabaran-cabaran yang semakin pesat.

Datuk Harun Idris
Kemudian Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor diangkat sebagai ketua Pemuda Umno. Ketika itu majoriti kaum cina tidak menyokong parti Perikatan. Apa yang Datuk Harun buat? Beliaulah orang yang bertanggungjawab di dalam isu 13 Mei 1969. Sudahnya beliau ditangkap semasa Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana skandal rasuah Bank Rakyat.

Syed Jaafar Albar
Ketua Pemuda Umno kemudiannya diterajui oleh Syed Jaafar Albar. Beliau pendatang dari Arab yang mengaku melayu. Beliau bukan keturunan melayu tetapi keturunan Arab Yaman. Syed Jaafar Albar orang yang mula menggelar pemuda UMNO sebagai 'Ginger Group'. Gaya pimpinannya sentiasa dibayangi oleh kelantangan kepimpinan Datuk Harun Idris.

Suhaimi Kamarudin
Seterusnya Suhaimi Kamarudin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno. Beliau dipilih hanya kerana beliau adalah anak saudara kepada Datuk Harun Idris. Bukan anak nelayan atau petani dari kampung. Beliau adalah anak saudara kepada bekas ketua pemuda Umno dan bekas Menteri Besar Selangor. Pemuda Umno memilih beliau dengan harapan Suhaimi Kamarudin ini juga radikal seperti bapa saudaranya.

Anwar Ibrahim
Malangnya ketika mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno, Suhaimi Kamarudin telah kalah dengan Datuk Seri Anwar Ibarahim. Isunya, Suhaimi Kamarudin dilihat oleh Pemuda Umno sebagai tidak islamik dan gagal membawa pemuda mencapai matlamat sebenar. Sebaliknya Suhaimi lebih berminat memperkayakan ahli keluarga terdekatnya.

Anwar Ibrahim bekas pengerusi ABIM dan pernah disebut sebagai calon Presiden PAS telah menerapkan nilai-nilai Islam di dalam Umno dan kerajaan. Jika Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan dasar Buy British Last , Anwar Ibrahim bertindak 'merampas' Carcosa di Bukit Carcosa. Slogan pemuda ketika itu ialah Generasi Penggerak Zaman.

Mohamad Najib Abdul Razak
Selepas Anwar Ibrahim tidak mempertahankan kerusi Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Najib Razak kemudiannya dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno. Beliau adalah ketua pemuda Umno Baru yang pertama selepas Umno lama diharamkan. Beliau juga dipilih disebabkan beliau anak bekas Perdana Menteri. Selaku anak bekas Perdana Menteri, Najib tentunya banyak wang. Beliaulah yang memulakan 'permainan wang' di dalam pemilihan pemuda Umno.

Datuk Seri Najib dan rakan-rakan menang mudah. Dan ketika inilah pemuda Umno hidup di dalam kemewahan. Gaya hidup Pemuda Umno begitu elegan dan korporat. Ban balak, saham, dan 'pink form' sudah menjadi agenda pemuda. Najib telah menternak Pemuda Umno dengan projek dan hiburan.

Rahim Thmaby Chik
Rahim Thamby Chik yang mewarisi jawatan Ketua Pemuda Umno daripada Najib semakin bermaharajalela. Ketika ini Pemuda Umno semakin lincah mengumpul harta dan bersuka ria.

Anwar Ibrahim tidak senang dengan gejala baru pemuda Umno yang di bawa oleh Najib dan Rahim Thamby Chik. Lalu beliau menyokong pemilihan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ketua Pemuda Umno kerana latar belakang Ahmad Zahid yang pernah belajar di sekolah agama agar mampu membuat perubahan di dalam gerakan pemuda.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi sangat diharapkan oleh Pemuda Umno agar dapat memperbetulkan keadaan dan pejuangan Pemuda Umno. Ketika kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi isu Kroni, Korupsi dan Nepotisme menjadi agenda pemuda Umno untuk dibenteras.

Walau bagaimanapun, kelantangan pemuda Umno yang diketuai oleh Ahmad Zahid Hamidi tidak disenangi oleh golonggan korporat dan bangsawan di dalam Umno. Konspirasi jahat telah menyebabkan Anwar, Zahid dan ramai lagi ahli Umno yang berusaha membuat reformasi di dalam Umno dipecat, diaibkan dan disumbat ke dalam ISA.

Hishammuddin Tun Hussein
Lalu Hishammuddin Tun Hussein dipilih oleh Mahathir sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Hishammuddin adalah anak kepada bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno iaitu Kapten Hussein Onn dan juga cucu kepada bekas pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar. Beliau mulanya hanya terkenal kerana lembik dan penakut tiba-tiba dilantik dengan mudah menjadi Ketua Pemuda Umno.

Beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno beberapa kali. Pemuda Umno di bawahnya begitu mewah dengan projek yang berselindung di sebalik projek 'Kementerian Pelajaran'. PPSMI telah memberi keuntungan besar kepada para kontraktor dan pemimpin yang rapat dengan Menteri Pelajaran.

Pembangunan makmal komputer, pemberian laptop, pembangunan perisian bahan multimedia, kontrak secara runding terus serta pelbagai lagi projek diagih-agihkan di kalangan 'orang-orang' Hishammuddin dan Khairy Jamuluddin. Khabarnya, Datuk Pirdaus Al-Hafiz selaku penasihat Menteri Pelajaran dan Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno pun menerima 'panggu'nya juga.

Sehingga kini Pemuda Umno sangat lemah dan pengecut di dalam apa jua isu nasional dan antarbangsa. Apabila Puteri Umno ditubuhkan, ramai yang melihat Ketua Puteri Umno ketika itu Cik Azalina Othman Said lebih garang, lantang, berani dan maskulin berbanding dengan Pemuda Umno.

Encik Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Dr. Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir
Pemuda Umno di bawah Hishamuddin Tun Hussein semakin hari semakin feminin. Kini jawatan Ketua Pemuda Umno hendak diwarisi pula kepada anak bekas PM Mahathir atau menantu PM Abdullah Badawi atau bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

Apa yang akan berlaku? Ya, yang akan berlaku ialah Pemuda Umno sekali lagi akan diketuai oleh warisan keluarga pimpinan atasan dan golonggan bangsawan Umno. Ianya tidak mungkin akan disandang oleh pimpinan dari akar umbi. Juga sekali lagi pemuda Umno akan menjadi gerakan pondan, pengecut dan feminin buat sekian kalinya!

Wednesday, February 18, 2009

TIGA CALON RAJA LAWAK


Malam semalam Tuan Gurau sempat menonton program mingguan 'Hujah' yang disiarkan secara langsung oleh TV9. Tiga calon Ketua Pemuda Umno berkongsi pentas iaitu Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Dalam program tersebut, pengerusinya Prof Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengemukakan soalan kepada ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Umno, mengenai Umno, pertandingan ketua Pemuda Umno, isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Sehingga akhir rancangan, Tuan Gurau rasa ketiga-tiga panel tersebut tak berapa sesuai disebut calon ketua pemuda. Patut sebut calon raja lawak saja. Itu pun bukan lawak cerdik, tapi lawak bodoh...dan bodoh tu pula yang tahap-tahap Pak Pandir saja.

Pasai apa Tuan Gurau kata macam tu? Sebabnya, pasai calon-calon tu cakap merapu. Tiga-tiga yang datang itu nampak sangat kena jerut dengan soalan-soalan pengurusi.

Pada calon-calon yang berkenaan itu, Tuan Gurau harap lain kali tak payah la masuk program macam tu kalau tujuan nak tunjuk siapa hero.

Tak sesuai dengan keadaan la ni. Fikir-fikir la program lain yang lebih efisyen dan dekat dengan hati orang. Bukan apa, takut orang tambah gelak kat kita semua...

Saturday, February 14, 2009

NIZAR BUKAN DERHAKA TETAPI AMANAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat; Derhaka ialah tidak taat atau khianat kepada negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan undang-undang yang sah. Ertinya derhaka ini berlaku jika kita melawan peraturan yang telah didaulatkan melalui undang-undang.

Manakala amanah pula amanah ialah sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll). Ertinya jika sesuatu peraturan dan undang-undang yang dipertanggungjawabkan ke atas kita dipelihara dengan jujur dan taat setia itu adalah amanah.

Contoh derhaka; bila mana undang-undang yang telah diperkenankan oleh YDP Agong kata jangan rasuah, tetapi dalam pemilihan pemimpin parti rasuah diamalkan, itu derhaka namanya.

Contoh amanah pula; bila mana undang-undang yang telah diperkenankan oleh baginda sultan kata, tidak boleh pecat MB selain dari tiga cara sama ada Bubar Dun, Undi tidak percaya di dalam sidang Dun atau MB secara sukarela letak jawatan tiba-tiba ada orang secara paksa suruh MB letak jawatan dan MB pula tidak mahu letak sebab cara itu bertentangan dengan undang-undang, maka itu namanya amanah.

Merujuk isu di Perak, ternyata Datuk Seri Nizar adalah seorang yang sangat amanah kerana mempertahankan kedaulatan undang-undang tubuh negeri Perak.

Sebaliknya Barisan Nasional adalah penderhaka kerana sering melanggar undang-undang seperti amalan rasuah, pemimpin berzina, berjudi, peras ugut, dan yang terkini melantik Menteri Besar secara haram kerana membelakangi undang-undang tubuh negeri.

Ingatlah sesungguhnya dalam sejarah melayu, Hang Tuah tidak derhaka, tetapi sebenarnya difitnah. Bendahara Melaka juga tidak derhaka kerana ingkar melaksanakan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah kerana pada pendapatnya hukuman yang diputuskan tidak mengikut proses undang-undang negeri.

Hang Jebat juga bukan penderhaka sebaliknya beliau mempertahankan kedaulatan undang-undang tubuh negeri yang meletakkan keadilan sebagai asas kedaulatan negeri.

Jadi siapakah yang menderhaka terhadap kedaulatan undang-undang?

Friday, February 13, 2009

PILIH BULU

KALAU BN...


Waran tangkap Mohd. Osman Jailu

IPOH 10 Feb. – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu selepas beliau gagal hadir pada perbicaraan kes rasuah membabitkan projek bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.Waran itu dikeluarkan oleh Majistret Sharmila Abdul Samad.

Terdahulu, adik Mohd. Osman, Noriza, yang bertindak sebagai penjamin tertuduh, memberitahu mahkamah bahawa abangnya tidak dapat hadir kerana dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung.

Noriza bagaimanapun gagal mengemukakan sijil cuti sakit dari pihak hospital terbabit. ‘‘Belum dapat MC (sijil cuti sakit) sebab doktor masih membuat observation (pemerhatian),” jelas Noriza. - Utusan

Mohd. Osman tidak masuk HKL

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya kepada Bernama ketika mengulas dakwaan adik Mohd. Osman, Norliza bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.- Utusan



KALAU PEMBANGKANG...


Waran tangkap Anwar

KUALA LUMPUR 15 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini disenaraikan sebagai suspek dalam kes liwat yang melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.“Jika gagal berbuat demikian, polis boleh ambil tindakan termasuk menahan beliau,” katanya.

Anwar yang sepatutnya hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang semalam gagal berbuat demikian dengan alasan polis telah menakut-nakutkan ahli keluarganya ketika menyerahkan surat perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah. -Utusan

Anwar ditahan

KUALA LUMPUR 16 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ditahan polis untuk disiasat atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan ketika berada di dalam kenderaannya di Bukit Segambut di sini, kira-kira 50 meter dari rumahnya, sejam lebih awal dari tempoh beliau sepatutnya menyerah diri ke IPK Kuala Lumpur sebelum pukul 2 petang ini.

Penahanannya melibatkan 15 pegawai dan anggota Unit Tindakan Khas dan sekurang-kurangnya 45 anggota polis biasa.-Utusan

Thursday, February 12, 2009

DULU AKU MISKIN, SEKARANG...


Ini pula pasal Adun Changkat Jering. Nampaknya kemarahan pengundi di situ diterjemahkan dalam bentuk kreativiti. Banner istimewa karya pengundi Dun Changkat Jering sangat mencuitkan hati Gurau Garau.

'Walaupun idea ini agak simple tetapi kelihatan berterus-terang' kata salah seorang penduduk di Changkat Jering sambil mengorek telinga dan tersenyum sinis.

Tuan Gurau terfikir, apa pula idea pengundi di Dun Behrang ya. Maklumlah kedua-dua Dun tersebut telah mendapat Adun yang jenis kembar siam. Apa tidaknya, rasuah bersama, kena culik bersama, terlepas dari culik pun bersama, lompat parti pun sama dan yang terkini sakit jantung pun tarikh dan hari yang sama.

Barangkali orang yang buat mereka berdua jadi macam itu tentu 'orang yang sama' juga.

Tuesday, February 10, 2009

35 TAHUN DAHULU UMNO JUGA DERHAKA DI PERAK




Ini pula posting dari blogger 'tiuB GereK'. Tuan Gurau ingin berkongsi pandangan beliau di Gurau Garau untuk tatapan pembaca sekalian.
_________________________________________

DERHAKA TERHADAP TITAH SULTAN PERAK: TAN SRI GHAZALI JAWI ENGGAN LETAK JAWATAN MENTERI BESAR PERAK

Sebenarnya sudah ada kes Menteri Besar yang enggan letak jawatan sebelum ini di Perak. Isu ini seharusnya dirujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu.

Apa yang dilakukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan Menteri Besar yang disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka mahu mempertahankan Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Maka penyeselaian secara berhemah perlu dengan berpandukan kepada perlembagaan iaitu kitab tatacara sesebuah negeri.

Pergolakan politik yang berlaku di Perak boleh dirujuk kepada sejarah yang telah berlaku di negeri Perak itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisahnya mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi pada tahun 1974. Beliau ialah ayah kepada Dato Seri Mohd Tajol Rosli yang juga bekas Menteri Besar Perak sebelum Mohamad Nizar.

Apa yang berlaku ke atas Mohamad Nizar hari ini senarionya sama walaupun suasana dan kondisinya berbeza. Sultan Perak ketika itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi Menteri Besar Perak buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun).

Bagaimana pun Ghazali Jawi tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali Jawi itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah. Tindakan Ghazali Jawi itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak melarang baginda berbuat demikian.

Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Mohamad Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi Menteri Besar. Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan;
“Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Oleh itu hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar hanyalah Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali Jawi itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya sehingga Ghazali Jawi berhenti menjadi Menteri Besar.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis Shah tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Perlu diingat bahawa Ghazali Jawi berhenti menjadi Menteri Besar Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Tun Hussein Onn agar Ghazali Jawi berbuat demikian.

Hasil nasihat Tun Hussein Onn maka Ghazali Jawi menghantar surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada tahun 1977.

Peristiwa ini telah petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah iaitu Encik Mokhtar Petah.

RIWAYAT TAN SRI GHAZALI JAWI (MENTERI BESAR PERAK)

Setelah tamat perkhidamatan di Mesir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Senat (senator). Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegang jawatan Menteri Tanah dan Galian.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak kerana ketika Ghazali Jawi memengang jawatan Menteri Besar pertama (pada tahun 1960) Ghazali Jawi telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

Walau bagaimana pun kes Ghazali Jawi itu telah digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Ghazali Jawi telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih menjadi Raja Di Hilir Perak.

UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin yang memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat Isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

Manakala mereka disebelah Ghazali Jawi pula terdiri dari ahli-ahli Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera.

Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggunakan Tan Sri Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Ghazali Jawi. Tan Sri Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah.

Menurut sejarah, pada satu malam Tan Sri Ishak Tadin telah berkata kepada baginda sultan, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon baginda melantik Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

Sultan Idris Shah yang yakin akan kejujuran Tan Sri Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, maka baginda telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Ghazali Jawi untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil Tan Sri Ishak Tadin mengadap baginda, di Istana Tambon, Ipoh.

Dalam pertemuan Tan Sri Ishak Tadin dengan baginda itu, Tan Sri Ishak Tadin telah memaklumkan kepada baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjadi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata Tan Sri Ishak Tadin kepada baginda.

Tan Sri Ishak Tadin dapat melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal kerana baginda melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak. Kemudian Tan Sri Ishak Tadin memohon baginda bersabar bagi mengelakkan berlakunya krisis antara parti politik yang memerintah dengan pihak Istana.

Baginda akhirnya bersetuju. Setelah cukup tempoh dua tahun Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa titah baginda kepada orang ramai.

Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam Perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.” Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977.

Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, baginda akan terus menyimpan janggut, jambang, misai dan tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Akhirnya Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Mesir.

Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh sebagai Menteri Besar Perak berikutnya.

SEBAK DI PEJABAT MB PERAK

Sekarang Tuan Gurau masih di Ipoh. Sebentar tadi Tuan Gurau sempat berbual dengan seorang pegawai dari pejabat MB Perak. Pegawai tersebut menceritakan detik-detik sayu bagaimana para pegawai di pejabat MB melihat 'bekas' bos mereka yang di halang masuk ke pejabatnya oleh pihak polis.

Semua orang sejak dari awal pagi menanti kehadiran MB Nizar katanya. Dan apabila MB Nizar muncul mereka seolah-olah begitu gembira. Ada yang bersorak dan ada juga yang mengalirkan air mata kerana terharu melihat MB Nizar yang begitu tabah dan tidak putus mempertahankan kerajaan rakyat.

Ketika MB Nizar diminta beredar oleh pihak polis, pegawai-pegawai yang sedang melihat di sekeliling bangunan pejabat MB telah melambai-lambaikan tangan tanda sokongan terhadap MB Nizar. Saya sangat terharu dan sebak kata pegawai tersebut kepada Tuan Gurau.

Begitulah suasana di Ipoh. Tuan Gurau dapat rasakan bahawa rakyat Perak kini sedang memendam satu perasaan yang bercampur-baur dan menanti masa untuk diluahkan.

Monday, February 9, 2009

ERTI POLITIK

Ini pula email dari 'Budin Kacak' yang di hantar kepada Gurau Garau pagi tadi. Tuan Gurau tolong siarkan atas permintaannya.
__________________________________________________________

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Pelabur. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah.

Kami di sini memperhatikan keperluanmu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam.

Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Kerana tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.

Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia menyiapkan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Pelabur meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

LAGI MANGSA HANTU KOPEK

Anggota Exco Kerajaan Negeri yang telah disahkan meletakkan jawatan, V. Arumugam “menghilangkan diri” tanpa sebarang berita. Adakah Hantu Kopek telah menyembunyikan beliau? Jika benar, nampaknya keselamatan ahli politik pembangkang masih lagi dalam ancaman.

Gurau Garau dimaklumkan bahawa V. Arumugam telah dikurung di suatu tempat yang masih dirahsiakan. Menurut sumber-sumber terdekat Hantu Kopek sedang memerhati gera-geri adun-adun pembangkang yang bakal menjadi mangsannya.

Walau macam mana pun Tuan Gurau berharap berita ini hanyalah gurauan.

Sunday, February 8, 2009

KISAH DARI DUA BUKIT

Terkini, Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini. Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Di Bukit Selambau pula seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit Selambau.

Bunyi macam gurauan pulak di tengah-tengah kemelut politik Perak. Tuan Gurau dimaklumkan sekarang ini Najib di antara senyum dengan tak senyum. Namun, BN berpeluang menunjukkan sama ada tindakkannya merampas kerajaan Perak disenangi rakyat atau tidak.

Pas dan PKR pula perlu menyiapkan jentera parti Pakatan Rakyat. Mereka perlu mengumpul majoriti undi yang lebih besar sebagai tanda kuasa rakyat. Betul kata Anwar, 'permainan' sebenarnya baru sahaja bermula.

Bagi Tuan Gurau, inilah masanya sejarah Bukit Uhud berulang semula.

HANTU KOPEK MAKIN MENGGANAS


Selepas kejayaan menculik Adun-adun di Perak, Gurau Garau mendapat laporan bahawa Hantu Kopek kini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi kejayaannya di negeri-negeri lain. Ramai Adun-adun Pakatan Rakyat memberi tahu bahawa mereka telah diganggu oleh Hantu Kopek.

Terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit selambau. Arumugam sebelum ini telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya oleh Hantu Kopek.

Nampaknya, cara perubatan trditional amat diperlukan bagi menangkap atau menghentikan keganasan Hantu Kopek. Setakat ini, melalui sumber bomoh di Gombak, Hantu Kopek yang menganas itu berasal dari Pekan, Pahang.

BERITA LEWAT MALAM DARI IPOH

Menurut wakil Gurau Garau di Ipoh, kehadiran para penyokong kelihatan seimbang Melayu, Cina dan India. Semua memberi sokongan penuh terhadap MB Nizar. Dalam pada itu polis telah membuat sekatan jalan raya setiap jalan di Ipoh bagi menyekat kehadiran orang ramai ke rumah MB. Polis cawangan khas juga telah memenuhi setiap sudut rumah MB.

Presiden Pas dalam ceramahnya begitu marah dan mengutuk keras perbuatan BN yang terlalu biadap kerana mempergunakan istana serta membelankangi undang-undang untuk merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyatakan BN kini telah masuk perangkap yang mereka buat sendiri. Mereka telah tersilap langkah apabila terlalu gopoh melantik MB baru. Anwar berkata 'permainan' ini sebenarnya baru sahaja bermula. Katanya lagi, BN hanya menang dalam media tetapi dari sudut undang-undang isu ini sebenarnya memihak kepada Pakatan Rakyat. Menurut beliau, para pengamal undang-undang yakin bahawa Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar masih lagi MB yang sah.

Apa pun undang-undang tetap undang-undang. Anwar juga memaklumkan bahawa SUK yang memaki hamun MB Nizar tempoh hari telah pun menghubunggi MB Nizar dan memohon maaf di atas tindakannya sebelum ini. Anwar melihat SUK sebenarnya sedar tentang kedudukan MB Nizar dari sudut undang-undang ketika ini.

Gurau Garau difahamkan perhimpunan raksasa di Ipoh malam ini adalah pembukaan untuk siri-siri penerangan selanjutnya kepada rakyat di seluruh pelusuk negeri oleh Pakatan Rakyat.

Anwar sebelum mengakhiri ceramahnya telah meminta semua rakyat tidak memaki hamun sultan dan mendoakan agar Allah memberi kekuatan kepada sultan agar kekal adil terhadap rakyat. Pakatan Rakyat akan menghadap sultan dengan membawa tuntutan rakyat agar baginda sultan perkenan untuk membubarkan DUN dan rakyat boleh memilih semula kerajaan baru untuk mentadbir negeri Perak.

Malam ini diadakan solat Qiammulail di rumah MB. Semua para penyokong dibenarkan bermalam di rumah MB.

POLITIK ADALAH SEBUAH PERMAINAN


"Politik seperti satu permainan bola sepak. Sekiranya anda tidak suka dengan striker, anda tidak boleh lepas tangan dengan tidak menyokong pasukan anda." -Noel Gallagher.

RAPAT UMUM RAKSASA

Wakil Gurau Garau dari Ipoh melaporkan rapat umum di rumah MB kini mencecah hampir 40,000 orang. Sekatan jalanraya oleh pihak polis berada di mana-mana. Orang ramai membanjiri kawasan rumah MB. Satu kejutan yang luar biasa. Semangat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu telah bersatu di Ipoh. Semua ini di luar dugaan baginda Sultan Perak dan dalam makluman BN.

Tuan Gurau dimaklumkan tujuan semua ini adalah untuk mendesak dan memohon perkenan baginda Sultan Perak membubarkan DUN Perak agar rakyat dapat memilih dan memberi mandat kepada pembentukkan kerajaan di Perak.

Setakat ini Tuan Gurau masih lagi menunggu laporan dari wakil Gurau Garau di Ipoh.

MASIH BELUM 'GAMEOVER'


Ini cerita dari Kuala Lumpur. Tuan Gurau sempat mendengar pendapat pengulas-pengulas politik kotaraya tentang kemelut politik Perak petang tadi.

Lima enam orang penyokong Pas dan PKR rancak berbual di dalam restoran yang berdekatan dengan Taman Melewar. Tuan Gurau sempat tumpang sekaki mendengar. Adakalanya Tuan Gurau terdengar hujah yang berkaitan dengan undang-undang, sains politik, sejarah, pelan tindakan dan berbagai lagi idea yang tidak kurang menariknya.

Apa yang pasti Tuan Gurau telah melihat betapa rakyat kini sudah mempunyai maklumat yang cukup banyak. Perkembangan sains dan teknologi berjaya melahirkan para penyokong yang berilmu dan bermaklumat. Mereka cepat tahu apa yang patut mereka tahu.

Setiap isu yang dibangkitkan oleh media massa atau elektronik telah dijawab dengan hujah-hujah yang begitu akademik oleh para penyokong itu. Tuan Gurau kagum dengan perkembangan ini. Barulah Tuan Gurau tahu yang kemelut politik di Perak sebenarnya masih belum game over.

Rupa-rupanya tindakan yang di buat oleh Pakatan Rakyat di Perak juga ada strateginya. Semua tindakan yang telah dipersetujui dilakukan sebagai strategi serang balas. Mereka masih lagi belum mengalah. Bahkan salah seorang dari pengulas itu berharap berlaku 'culik balas' terhadap Adun BN atau Bebas bagi menumbangkan kerajaan BN yang baru sahaja diperkenankan oleh baginda Sultan.

Semakin seronok game ini. Tuan Gurau menanti dan melihat dengan penuh minat. Apa-apa hal pun semuanya 'masih belum game over' kata salah seorang daripada pengulas muda itu kepada rakan-rakannya sebelum Tuan Gurau beredar meninggalkan restoran tersebut.

Saturday, February 7, 2009

ILMU MELIHAT TERBALIK


Hari ini Tuan Gurau ingin memperkenalkan satu ilmu baru kepada sahabat-sahabat Tuan Gurau, iaitu ilmu melihat sesuatu secara terbalik.

Dalam ilmu ini, semua benda harus dilihat dengan mata berbeza. ‘Kalah teruk’ misalnya mesti dilihat sebagai ‘menang besar’. ‘Rakyat lega’ harus dilihat sebagai ‘rakyat gelisah, ‘sokongan penuh' harus ditafsirkan sebagai ‘tiada sokongan'. Begitulah lebih kurang.

Atas sebab itu juga Tuan Gurau ingatkan, kalau dengar orang politik sibuk berkata ‘kami menyokong’, berhati-hatilah.

Dan satu-satunya perkara yang tak boleh diterjemahkan secara terbalik ialah ‘harga barang naik’. Ha, yang itu betul. Jangan pulak dilihat terbalik. Tuan Gurau hanya bergurau hehehe...

MUHASABAH UNTUK BERUBAH


Bila terkena musibah, segeralah kita bermuhasabah. Itu kata-kata hikmat dari guru Tuan Gurau yang masih diingati hingga hari ini. Kita adalah manusia yang terlalu banyak kelemahan. Kita sering melakukan kesilapan.

Namun apa yang Tuan Gurau dapati, sikap kita hari ini nampaknya tidak begitu gembira bila kelemahan kita diperkatakan secara terbuka. Ia, bagi kita, sama seperti membuka pekung di dada dan sama juga dengan membasuh kain kotor di halaman. Kesannya samalah pula seperti menepuk air di dulang; kesudahannya memalukan diri sendiri.

Suatu masa dahulu, pendapat dan pandangan seperti itu bukan sahaja seratus peratus benar; malah memang sentiasa patut digunapakai. Waktu itu bukan sahaja yang buruk dan hodoh sering disembunyikan, malah yang cantik-cantik pun jarang di bawa ke depan.

Zaman telah berubah. Cara hidup berubah. Nilai-nilai kehidupan berubah. Banyak yang dulu tersembunyi kini terdedah; banyak yang dulu salah, kini bertukar menjadi sebaliknya. Dengan segala kecanggihan yang ada di sekeliling kita, sekarang ini tidak hanya dinding yang boleh bercakap. Lantai, bumbung, tiang, kerusi, meja, semuanya sudah tidak boleh diharap. Hanya satu tempat yang memungkinkan serba-serbi yang anda lakukan, atau yang berlaku pada anda tidak diketahui orang iaitu di dalam liang lahat. Hanya itu.

Inilah realiti yang harus dihadapi oleh sesiapa sahaja. Kita bukan lagi berada di zaman penyapu lidi, tetapi hidup bersama vacuum cleaner yang berupaya menyedut apa sahaja hatta habuk paling kecil di bawah permaidani.

Biasa-biasakanlah diri dengan keadaan ini. Belajar-belajarlah menerima realiti. Biasa-biasakanlah diri dengan perbincangan secara telus dan terbuka. Biasa-biasakanlah diri untuk berhujah dan menjawab secara bijaksana. Biasa-biasakanlah diri untuk menjaga dada supaya tidak berpekung dan menjaga kain supaya tidak kotor. Hanya dengan cara itu kita tidak takut dada kita dibuka di mana sahaja, dan tidak takut juga membasuh kain walaupun di atas jalan raya.

Lagi sekali Tuan Gurau ulangi; zaman telah berubah. Cara hidup turut berubah. Yang kekal tidak berubah hanyalah ‘orang-orang’ di tengah sawah. Ia masih macam dulu. Masih tidak berakal. Fungsinya masih sekadar untuk ‘menghalau’ burung.
Bezanya ia kini jarang lagi digunakan dan jarang juga dipedulikan orang. Dan Tuan Gurau yakin kita pun akan tidak dipedulikan orang jika masih berperangai seperti 'orang-orang'!

Friday, February 6, 2009

BN HAPRAK ROMPAK PERAK


Itulah yang Tuan Gurau dengar sewaktu bersarapan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pagi tadi. Sekumpulan pelanggan yang sedang menikmati nasi lemak di warung Makwanjo rancak berbual mengulas kemelut politik di Perak. Salah seorang dari mereka berkata dengan nada gurau yang sinis bahawa BN haprak dah rompak Perak sambil disahut gelak tawa rakan-rakannya.

Tuan Gurau pun tumpang senyum. Telatah pengulas-pengulas politik kedai kopi sangat seronok didengari. Mereka bercakap daripada hati mereka sendiri. Mereka bukan jenis orang politik yang hidup berpura-pura. Mereka pengulas politik tempatan yang membawa suara rakyat marhaen. Walaupun ada yang kelihatan tidak bersetuju dengan pendapat sesama sendiri namun mereka tetap boleh duduk berbincang sambil minum kopi bersama.

Apa yang menarik perhatian Tuan Gurau ialah nada gurauan ahli politik kedai kopi tersebut. Mengapa mereka kata BN haprak? Mengapa mereka kata BN rompak Perak? Bagi Tuan Gurau ini bukan gurauan biasa. Ini adalah masej yang mereka baca dari apa yang dibuat oleh BN terhadap negeri Perak. Dan sekali lagi BN gagal membaca masej-masej yang telah di hantar oleh rakyat!

LAGU UNTUK KAKI LOMPAT


APEK DAN MARJINA

Haiya Cik Siti perempuan banyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Uwang dan ringgit ana tatak helan ne
Ante tutup mata ana tak tentu jalan

Marilah Apek hoi mari sayang
Ikutlah ana Apek jangan bimbang
Mata tak nampak ana tunjukkan jalan
Kaki melangkah hoi perlahan-lahan

Ana tatak bimbang ana tatak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Semua Itam lagi banyak gulap
Macam orang Habsyi henggeli Alab

Oh Apek Sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang mas ana upah
Marilah jalan ante cepatlah cepat
Awas Pek Longkang oi kaki melompat

Apek jaga depan ada longkang
Mana?
Lompat
Haiyaa!
Lompat
Haiyaa!
Lompak Apek Lompat….
Haiyaaaaaa…….


Tuan Gurau masih ingat pada lagu Lagu Apek Dan Marjina Ciptaan & Gubahan oleh Allahyarham P.Ramlee. Lagu ini telah di mainkan dalam Filem Alibaba Bujang Lapok, Malay Film Production, Shaw Brothers, (1961).

Lirik lagu hasil karya S. Sudarmaji ini terlalu sarat dengan masej. Walaupun dengan nada gurau, tetapi sindirannya sangat tajam dan amat sesuai untuk para politikus tanah air masa kini.

Tuan Gurau dimaklumkan bahawa filem Alibaba Bujang Lapok pernah diharamkan tayangannya pada awal tahun 60-an di Malaysia (Tanah Melayu). Barangkali kritakan yang disampaikan terkena batang hidung ahli politik ketika itu. Versi asal filem ini adalah mengisahkan tiga orang Bujang Lapok, Ramlee, Aziz dan Sudin yang bermimpi tentang kehidupan di negeri Baghdad, Kisah Alibaba.

Versi ini kemudiannya diubah sepertimana yang dapat kita saksikan pada permulaan cerita yang memaparkan filem ini membawa kisah sandiwara Bujang Lapok. Sebab itulah tajuknya dikekalkan sebagai Alibaba Bujang Lapok

Melihat gelagat tiga wakil rakyat yang baru sahaja melompat dan menumbangkan kerajaan negeri mengingatkan Tuan Gurau pada lirik lagu ini. Sekali lagi Tuan Gurau ketawa berdekah-dekah. Agaknya berapakah jumlah wang emas yang akan diterima oleh apek dari Marjina jika apek sanggup lompat parti?

Yang pasti, apek telah diculik oleh Marjina dengan mata ditutup dan di arah melompat-lompat di hadapan penonton-penonton sambil bergurau senda! Dan ketika sedang seronok melompat apek tidak sedar yang dia akan menjahit mayat kawannya sendiri!

ANGKAT SUMPAH ATAU ANGKAT SAMPAH

Gelihati Tuan Gurau bila tengok Awang Raja perkenan lantik tuan baru di tanah pusakanya. Syarat nak jadi tuan rumah mudah. Siapa yang paling berat karungnya akan terpilih. Awang Liku telah pun cukup muatan. Awang Liku berjaya. Awang telah pun mewakilkan Awang Gelap menjadi tuan rumah yang baru.

Malangnya dalam memberatkan muatan itu, Awang Liku telah berjaya mengumpul segala jenis sampah sarap dalam karungnya. Sampah yang telah menjadi sampah kepada Awang Selamat sebelum ini. Bahkan ada sampah yang telah dikitar oleh Awang Selamat pun turut memberatkan karung Awang Liku. Sampah yang sedia di angkat oleh Awang Gelap.

Dengan rasa bangga Awang Gelap mengangkat sampah itu dengan penuh hormat di hadapan Awang Raja. Maka ditabal sudahlah Awang Gelap sebagai tuan rumah yang baru oleh tuan tanah yang lama. Awang Selamat yang belum pun sempat mengucapkan selamat jalan telah dimandikan dengan air penawar oleh Awang Raja diperkarangan istana sebagai tanda terima kasih.

Gurauan yang lebih mirip kepada jenaka bangsawan ini sedang diperhatikan oleh cucu cicit pahlawan Dato Sagor dan Dato Maharajalela dengan penuh minat. Tuan Gurau percaya mereka tidak sabar untuk gurau garau di PRU-13 nanti. Mereka sedang menanti dengan undi gurau.

HANTU KOPEK MENCULIK LAGI


Bukan pasal tanah kena rampas. Juga bukan pasal rumah kena ceroboh. Tapi, pasal apa kena culik? Pelik bila tiga empat hari kena culik alih-alih bikin tak serupa cakap. Apakah masih ada hantu kopek yang menculik?

Cerita kena culik ini bukan isu baru. Tuan Gurau telah lama diguraukan dengan kes orang diculik. Orang politik kena culik tak sama dengan budak-budak yang hilang diculik. Budak kena culik kalau tak jumpa hidup lambat laun jumpa tandanya. Itu pun kalau yang culik orang, tapi kalau yang menculik Hantu Kopek, hilangnya tak lama.

Tapi bila orang politik kena culik ini betul-betul kerja Hantu Kopek. Sebab hilangnya tak lama. Setakat tiga empat hari hilang sah kerja Hantu Kopek. Tuan Gurau gelak berdekah-dekah bila yang menghilang tiba-tiba muncul di sebelah Hantu Kopek.

Selepas kena culik dari Hantu Kopek, maka timbul cerita tanah kena rampas dan rumah kena ceroboh. Awang Liku mula panjat masuk ikut tingkap. Awang Raja yang sekian lama tak suka ubah suai rumah memilih pejam mata. Sekarang mangsa culik bercakap macam kena pukau. Habis harta benda di serah pada Hantu Kopek. Maka Hantu Kopek dapat jadi tuan rumah yang tak sampai setahun di serahkan kepada Awang Selamat.

Bagi Tuan Gurau masuk ikut mana pun, apa-apa hal geran rumah kena tukar nama dulu baru boleh bergurau senda di dalamnya. Dan nak tukar nama atas geran kena pergi pejabat tanah. Baru sah dengan peraturan bukan sah cara gurauan!

MASUK IKUT TINGKAP


Masuk berjemput keluar berpintu. Itu adab namanya. Tapi bagi yang biadap, masuk ikut tingkap keluar lompat dapur. Bunyi macam gurau. Tapi Tuan Gurau tidak bergurau. Itulah yang berlaku.

Tuan Gurau melihat situasi di tanah jagaan Awang Selamat makin getir. Cubaan masuk ikut tingkap oleh puak-puak Awang Liku makin menjadi-jadi. Lebih memeningkan kepala Tuan Gurau, Awang Liku bukan sekumpulan tapi Awang Raja pun ada panggunya. Makin beranilah Awang Liku dan kumpulannya masuk ikut tingkap.

Pada masa ini, Tuan Gurau yakin semua ini bukan gurauan tapi hanyalah sendaan. Lebih tepat menyendakan hukum-hakam yang ditulis sendiri oleh Awang Raja.

Thursday, February 5, 2009

GURAUAN PERTAMA

Tuan Gurau rasa seronok melihat gurauan yang dibuat oleh politikus-politikus tanahair. Selepas PRU-12 terlalu banyak senda gurau yang menghiburkan rakyat jelata. Bermula dengan tumbangnya negeri-negeri tuan tanah sehinggalah wakil tuan tanah pulang ke tanah, gurauan masih lagi belum berakhir.

Sekarang Tuan Gurau diguraukan lagi dengan berita tumbangnya sebuah kerajaan yang telah diberi mandat oleh pengundi-pengundi yang terlebih gurau ketika PRU-12. Baru 11 bulan memerintah, tok wakil tuan rumah telah diculik. Lawak yang buat Tuan Gurau gelak. Dan gelak Tuan Gurau lebih galak bila ada tok wakil yang melompat melantun-lantun.

Tuan Gurau sebenarnya suka perkembangan ini. Biarlah hendaknya senda gurau seumpama ini berterusan. Tuan Gurau pasti gurauan yang terlalu panjang selalunya akan berakhir dengan sebuah tangisan.